Wednesday, May 5, 2010

Kod ralat BIOS Award


Semasa artikel ini ditulis, terdapat hanya satu sahaja jenis bunyi kod beep dan lebih 40 jenis mesej ralat bagi BIOS Award. Satu bunyi beep yang panjang diikuti dengan dua bunyi beep yang pendek menandakan terdapatnya ralat pada video di mana BIOS tidak dapat untuk menerima isyarat video.

Mesej ralat pula ialah mesej yang dipaparkan pada skrin komputer yang menunjukkan kesilapan pada sistem papan induk. Antara mesej ralat yang paling kerap dihadapi oleh pengguna ialah jenis hasil tambah semak (CMOS checksum error). Masalah CMOS checksum error biasanya adalah disebabkan kegagalan CMOS untuk mendapatkan keputusan tepat bagi hasil tambah-semak di dalam BIOS.

Berikut adalah 4 jenis kod ralat CMOS checksum error bagi BIOS Award dan keterangan mengenainya:

Mesej Ralat BIOS Award

Keterangan

BIOS ROM checksum error - System halted

Hasil tambah semak pada kod BIOS di dalam cip BIOS tidak tepat, ini menandakan kod BIOS anda telah korup. Untuk mengatasi masalah ini, gantikan BIOS tersebut dengan BIOS yang lain.

CMOS battery failed

Bateri CMOS tidak berfungsi. Gantikan dengan bateri baru.

CMOS checksum error - Defaults loaded

Hasil tambah semak CMOS tidak tepat menyebabkan sistem terpaksa memuatkan konfigurasi asal. Hasil tambah semak mungkin menandakan CMOS telah korup. Ralat ini boleh disebabkan oleh bateri yang lemah. Periksa bateri dan gantikan dengan yang lain jika perlu.

CMOS CHECKSUM ERROR DISK BOOT FAILURE, INSERT SYSTEM DISK AND PRESS ENTER

Hasil tambah semak CMOS tidak tepat dan tanda menunjukkan CMOS telah korup. Ralat ini boleh disebabkan oleh bateri yang lemah. Periksa bateri dan gantikan dengan bateri yang lain jika perlu.


Jika diteliti keterangan mesej ralat pada jadual tersebut, masalah checksum error biasanya adalah disebabkan oleh kelemahan pada bateri CMOS. Untuk mengatasinya, anda boleh gantikan bateri tersebut dengan bateri yang baru. Bateri ini boleh didapati di mana-mana kedai aksesori komputer.........

No comments:

Post a Comment